Annuar jawab Zahid, kesetiaannya pada UMNO bukan individu

 

Selepas dikritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kerana mengatakan dokumen “PASLeak” bukan sesuatu yang luar biasa, Annuar Musa tampil mengulas isu kesetiaan kepada parti.

Kata Ahli Parlimen Ketereh itu, kesetiaan kepada parti adalah hal amat penting, namun ia berbeza dengan setia kepada individu.

“Kesetiaan pada parti memang amat penting. Ia berbeza dengan setia kepada individu, yang kadangkala dianggap sebagai tanda setia pada parti.

“Kesilapan individu, perlakuan individu yang menyalahi roh, matlamat dan semangat perjuangan parti tidak boleh menuntut kesetiaan kerana itu individu dan bukannya parti,” kata Annuar dalam satu hantaran di Facebooknya.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keratan didakwa minit mesyuarat PAS yang merancang untuk menjatuhkan Umno dan BN, termasuk menyegerakan usaha memastikan Ahmad Zahid dipenjarakan.

Semalam Presiden Umno itu mengingatkan pemimpin parti supaya tidak “menderhaka” kepada parti dengan mengikut rentak musuh yang penuh dengan muslihat.

Meskipun tidak menyebut nama, kenyataan Ahmad Zahid dipercayai jelas merujuk kepada Annuar.

Usah menikam dalam senyuman

Annuar bagaimanapun berkata, teguran kepada individu atau perlakuan tertentu, bukan satu perlakuan yang menunjukkan ketidaksetiaan kepada Umno.

“Sering parti dijadikan perisai tindakan peribadi. Parti tidak boleh diurus sebagai hak peribadi.

“Membelakangi mandat parti, tidak menjunjung amanah parti, tindakan tidak patuh kepada keputusan parti, lain ditetapkan parti lain dibuat di luar pengetahuan parti, membohongi parti adalah antara tanda tidak setia kepada parti,” jelasnya.

Untuk rekod pergeseran antara Annuar dan Ahmad Zahid bukan perkara baru.

Annuar sebelum ini pernah mendakwa Ahmad Zahid memberikan perakuan bersumpah bagi menyokong ahli parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim untuk dilantik menjadi perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Annuar berkata, tindakan mempertikai kesetiaan hanya akan menanam kebencian sesama ahli dan hanya akan melemahkan Umno.

“Pendek kata, kalau pun jasa tak mahu dikenang, setiakawan mahu disalah ertikan, usah soal setia mahu dibicarakan.

“Usah menikam dalam senyuman,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker