Indonesia larang transaksi jualan di media sosial

Indonesia larang transaksi jualan di media sosial

Kerajaan Indonesia secara rasmi melarang media sosial digunakan sebagai kedai jualan.

Larangan itu bukan sahaja terpakai kepada laman TikTok tetapi juga di platform media sosial lain.

Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan berkata, kerajaan hanya membenarkan media sosial digunakan bagi tujuan memudahkan promosi perniagaan tetapi bukan untuk transaksi jualan.

“Perdagangan sosial hanya boleh memudahkan promosi barangan atau mengiklankan perkhidmatan sama seperti yang dilakukan di televisyen, tiada transaksi langsung. Platform digital kini tidak boleh menjual dan menerima wang,” jelasnya ketika ditemui di Pasar Johar Semarang, Jawa Tengah.

Zulkifli berkata, media sosial dan e-dagang mempunyai fungsi yang berbeza tetapi jika ingin menjadi perdagangan sosial, platform itu mesti mempunyai entiti perniagaannya sendiri.

Beliau menegaskan, pola perdagangan di Indonesia harus berjalan secara adil, bukan perdagangan bebas sehingga yang kuat semakin besar dan yang lemah beransur mati.

“Satu platform digital tidak boleh memborong segala-galanya. Jika semua peluang itu dirampas, yang lain akan mati.

“Kami tidak melarang atau membanteras tetapi berusaha mengawal selia. Indonesia berpegang kepada Pancasila, jadi kita kawal supaya adil,” jelasnya dipetik Kompas.com.

Zulkifli berkata, beliau sudah menandatangani semakan semula Peraturan Menteri Perdagangan Tahun 2020 tentang peruntukan perlesenan perniagaan, pengiklanan, pembangunan dan pengawasan perniagaan dalam perdagangan melalui sistem elektronik.

Peraturan baharu akan dikuatkuasakan secara automatik selepas mendapat pengesahan daripada Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.
Utusan

Indonesia larang transaksi jualan di media sosial

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker