Adakah Hakim Nazlan dipilih secara manual dan secara khusus untuk menghakimi kes SRC Najib?

Siapakah tangan ghaib yang memilih hakim secara manual?

Oleh Norzahira

ISU cara pemilihan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai hakim kes SRC International Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang hangat diperkatakan. Ianya menjadi topik yang bakal mengukuhkan lagi bahawa Najib dinafikan perbicaraan yang adil.

Rakyat mempersoalkan adakah benar pemilihan hakim secara manual telah berlaku seperti terkandung dalam laporan SPRM kepada Ketua Hakim Negara.



Mengikut laporan SPRM, tiga orang hakim telah diminta secara rahsia dan telah menolak untuk mengambil alih perbicaraan kes SRC dari Hakim Sofian sebelum Nazlan bersetuju.

Ini memberi gambaran bahawa badan kehakiman telah sengaja memilih hakim.

“Ianya satu tuduhan yang sangat berat sebab pilihan hakim sepatutnya dipilih secara rawak oleh sistem dan bukan dipilih secara manual oleh tangan-tangan ghaib

Adakah Hakim Nazlan dipilih secara manual dan secara khusus untuk menghakimi kes SRC Najib dengan tidak adil?



Siapakah tangan ghaib yang memilih hakim secara manual?

Siapakah tiga hakim yang menolak dan apakah alasan-alasan mereka untuk menolak?

Peranan Hakim Nazlan sebagai hakim bicara (trial judge) bagi kes SRC pada peringkat Mahkamah Tinggi adalah sangat penting. Rayuan-rayuan dan semakan seterusnya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan adalah berdasarkan penemuan dan alasan yang diberi dalam perbicaraan pada peringkat Mahkamah Tinggi.

Selain dari isu Hakim Nazlan dipilih secara manual, menurut laporan SPRM, beliau telah melanggar kod etika hakim adalah di bawah Perlembagaan Persekutuan apabila Nazlan menyorok fakta bahawa dana RM42 juta bukan berasal daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) tetapi daripada pinjaman RM170 juta oleh Putrajaya Perdana dari Maybank, yang mana Nazlan terlibat dan ada pengetahuan mengenai.



Sebenarnya Ketua Hakim Negara perlu mengambil tindakan terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung laporan SPRM namun perkara tersebut masih belum berlaku. Perkara ini menyebabkan kredibiliti Badan Kehakiman tercalar teruk.

Malahan, bukti tersebut cuba ditambah oleh Datuk Seri Najib Razak dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan tetapi telah ditolak. Ini menjadikan situasi semakin buruk bila Negarawan ulung Datuk Seri Najib pun dinafikan perbicaraan yang adil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker