Wanita cipta rekod dunia, peluk 3164 orang dalam masa 24 jam

TOKYO – Seorang pelakon  Jepun, Eimi Fukuda mencipta rekod wanita paling banyak dipeluk apabila berjaya memeluk 3,164 orang dalam tempoh 24 jam, lapor laman Mothership, baru-baru ini.

Fukada, 24, mengadakan acara itu di Shibuya, Tokyo bermula pukul 6 petang pada 27 Ogos lalu.

Apabila dia membuat pengumuman untuk mengadakan acara itu, Fukuda berkata, dia mahu

menjadi ‘wanita yang paling dipeluk di dunia’.

Sesi peluk-memeluk itu berakhir sehari kemudian, tepat pukul 6 petang pada 28 Ogos.

Menurut akhbar Daily Japan, Fukada hanya sekali berehat lama iaitu selama tiga jam dan beberapa kali rehat selama 10 minit sepanjang keseluruhan acara.

Dia tidak mempunyai masa untuk tidur walaupun pada waktu malam dan apabila acara itu berakhir, dia sangat keletihan.

Laman Yahoo (Jepun) melaporkan bahawa Fukada membuat beberapa pertukaran pakaian semasa acara itu.

Antaranya adalah dia memakai yukata tradisional, maskot arnab, pakaian wanita pejabat dan cheongsam.

Para peserta tidak perlu membayar untuk sesi pelukan itu tetapi rakaman gambar menerusi  telefon pintar dikenakan caj 1,000 yen (RM319).

Semasa acara itu, peminat diwajibkan meletakkan tangan mereka di sisi atau belakang dan tidak boleh membalas pelukan Fukada. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker