Peniaga risau bekalan ayam makin kurang

Peniaga risau bekalan ayam makin kurang

MARANG – Peniaga Pasar Bukit Payung di sini mengeluh apabila bekalan ayam yang diterima berkurangan sehingga menjejaskan operasi perniagaan mereka.

Salah seorang peniaga, Mohamad Shahdan Azizi Rusli, 29, mendakwa mereka tersepit kerana pembekal ayam bukan sahaja menaikkan harga borong malah hadkan bekalan sejak lebih sebulan lalu.

“Pembekal had bekalan sehingga 30 ekor sehari sedangkan permintaan mencecah sehingga 100 ekor. Saya pernah tidak te­rima seekor ayam pun sehingga terpaksa tutup operasi hari itu.

“Sepanjang bulan ini, sudah tiga hari saya tidak dapat jual ayam kerana tiada bekalan langsung,” katanya ketika ditemui di Pasar Bukit Payung di sini semalam.

Mohamad Shahdan berkata, kadangkala dia terpaksa membeli ayam segar dari rakan-rakan peniaga lain sebelum menjualnya semula bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Katanya, krisis bekalan dan harga ayam yang sedang berlaku ini dianggap antara terburuk sejak dia mula berniaga pada tahun 2006 dan telah menjejaskan te­ruk perniagaannya.

Seorang lagi peniaga ayam, Muhammad Fahami Mohd Zawawi, 18, pula bimbang masalah kekurangan bekalan ayam ini akan berlarutan sehingga musim perayaan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut kira-kira dua minggu lagi.

Dia berkata, permintaan ayam pada musim perayaan itu amat tinggi melebihi 100 ekor sehari bagi setiap peniaga.

“Saya harap kerajaan dapat selesaikan segera isu kekurangan bekalan dan harga ayam ini yang bukan sahaja menjejaskan pengguna malah peniaga runcit se­pertinya.

“Saya akui terpaksa jual ayam pada harga RM11.10 sekilogram iaitu melebihi RM8.90 bagi kuantiti sama yang ditetapkan kerajaan kerana harga diperolehi daripada pembekal pun sudah RM10.50 sekilogram,” katanya. K Online

Peniaga risau bekalan ayam makin kurang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker