Pondok tahfiz Madrasah al-Imaniyah musnah terbakar

Pondok tahfiz Madrasah al-Imaniyah musnah terbakar

KUANTAN: Kira-kira 33 unit Pondok tahfiz Madrasah al-Imaniyah di Kampung Darat, Jalan Sungai Ular, di sini, musnah dalam kebakaran.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan berikutan pondok tahfiz itu tidak berpenghuni kerana difahamkan penghuninya sedang bercuti.



Penolong Pengarah Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.39 pagi tadi sebelum 16 anggota dan pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba Gebeng dan Indera Mahkota digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sejurus tiba api masih marak di premis yang menempatkan kira-kira 100 unit pondok kayu itu dan kedudukan pondok yang rapat menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.

“Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal pada 10.29 pagi dan lebih 30 unit pondok musnah sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya. FMT



Pondok tahfiz Madrasah al-Imaniyah musnah terbakar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker