Kyle mencari suri hati

Kyle mencari suri hati

Selebriti serba boleh, Richard Kyle memiliki karisma serta pakej penuh sebagai lelaki rebutan setiap wanita. Tentu sekali dia sendiri pun menyimpan hasrat bertemu jodoh tepat untuk dijadikan suri hati.

Misi Kyle, 34, untuk mencari cinta sejati nampaknya selangkah lebih mudah apabila dipilih menjadi jejaka sulung menerajui The Bachelor Indonesia.



Menurut Kyle, dia menyahut cabaran itu kerana percaya mampu membuka matanya terhadap banyak perkara. Bukan sekadar cinta dicarinya, malah nilai-nilai kehidupan lain yang boleh ditimba.

“Dapat menyertai rancangan ini dan menjadi yang pertama mendapat peluang itu sangat besar maknanya. Ini kerana saya sendiri sudah menonton siri asal The Bachelor.

“Tidak sangka pula saya akan menjadi sebahagian daripadanya. Bagi saya, banyak kelebihan yang boleh ditimba daripadanya kerana ia bukan setakat mencari jodoh semata-mata.

“Ia menampilkan sisi berbeza budaya Indonesia dan keperibadian wanita dari negara itu. Saya mahu alami sendiri rasa berdepan pelbagai karakter mereka untuk ketahui cita rasa tepat saya,” katanya.



Sekali imbas, mungkin ramai pasti beranggapan Kyle adalah jejaka yang sangat terbuka mendekati wanita. Mana tidak, dengan ketampanannya pasti mampu menarik perhatian serta-merta.

Namun, dia mengakui dirinya masih konservatif apabila menyentuh perkara itu. Dia juga tidak percaya dengan konsep ‘blind date’, malah masih bergantung nasihat keluarganya apabila bercakap mengenai jodoh.

“Saya tiada pengalaman melakukan ‘blind date’ selama ini. Saya tak rasa konsep sebegitu sesuai dengan corak pemikiran saya mengenai hal mencari cinta sejati ini.

“Malah, saya juga sempat mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga mengenai pembabitan dalam program ini. Saya perlu timbang tara apa yang kena jaga sepanjang membintanginya,” katanya.



Bagi Kyle, dia mahu keperibadian sebenarnya ditunjukkan dalam rancangan itu. Dia tidak risau pamerkan bagaimana dan siapa dirinya meskipun ia adalah tontonan khalayak.

“Nama pun program realiti dan mahu dikenali siapa diri saya yang sebenar. Itu juga pendekatan yang saya guna untuk dekati setiap peserta dalam rancangan itu supaya mereka faham diri saya.

“Saya enggan berpura-pura dan beri harapan yang mampu memberi kesan tak enak di kemudian hari. Tapi, pada masa sama perlu menjaga adab sebaiknya kerana ada hati juga perlu dijaga,” katanya.

Rancangan terbabit menyorot perjalanan Kyle sebagai si bujang mencari cinta sejati. Siri realiti sarat emosi itu menjanjikan drama, percintaan dan saingan 19 wanita pelbagai karakter demi merebut hati Kyle.



Jejaka terbabit terkenal sebagai ahli perniagaan, pelakon, model, hos TV dan personaliti media sosial. Dia juga pejuang hidupan liar dan suka pengembaraan mencabar.

The Bachelor Indonesia adalah versi sulung siri realiti Warner Bros Discovery, The Bachelor yang diterbitkan di Indonesia.

Ia dihoskan pelakon hebat Indonesia, Oka Antara. HM

Kyle mencari suri hati



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)



Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker