Perhimpunan Agung Umno 13-15 Jan tangguh kerana banjir

Perhimpunan Agung Umno 13-15 Jan tangguh kerana banjir

Perhimpunan Agung Umno 2021 yang dijadualkan bulan depan ditangguhkan susulan bencana banjir yang melanda negara.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut dipersetujui oleh pimpinan parti itu.



Katanya, tarikh perhimpunan yang sepatutnya adalah pada 12 hingga 15 Januari ini ditangguh ke suatu tarikh yang dimaklumkan kemudian.

“Adalah dimaklumkan bahawa Presiden, Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden Mohamad Hasan; Jawatankuasa Pengurusan Umno, dan ahli Majlis Kerja Tertinggi bersetuju agar Perhimpunan Agung Umno 2021 ditangguhkan.

“Ini disebabkan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, beberapa bahagian seperti Kota Raja dan Klang masih tidak dapat mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana dilanda musibah banjir.



Perhimpunan Agung Umno biasanya melibatkan hampir 6,000 pemimpin akar Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 191 Umno Bahagian dan ribuan lagi pemerhati dari seluruh negara.

Ahmad berkata, musibah yang melanda negara ketika ini turut mendukacitakan parti itu.

“Umno bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) serta Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri terus membantu mereka (yang terjejas),” katanya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Perhimpunan Agung Umno 13-15 Jan tangguh kerana banjir


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker