Pemerintahan tersingkat Malaysia: Turun naik kerajaan PH

Tumbangnya pentadbiran Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini merupakan kerajaan paling singkat sejak negara mencapai kemerdekaan, namun pentadbirannya selama 21 bulan mungkin salah satu peristiwa paling penting dalam sejarah politik Malaysia.

Selain rekodnya sebagai kerajaan persekutuan pertama yang gagal menyempurnakan mandat 5 tahun, terdapat rekod lain, termasuk pelantikan wanita pertama sebagai timbalan perdana menteri.

Umur undi minimum

Terdapat sokongan sebulat suara dari ahli politik semua parti berhubung langkah PH menurunkan usia pengundian dari 21 kepada 18 tahun, memberi peluang kepada berjuta-juta rakyat memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.



Dianggarkan sejumlah 7.8 juta pengundi tambahan akan mengundi pada pilihan raya umum pada 2023.

Udara bersih

Larangan merokok di kawasan awam, terutama di restoran terbuka oleh kerajaan PH adalah antara dasar yang disambut baik aktivis masyarakat dan kesihatan.

Tangkapan berprofil tinggi



Antara janji yang dipenuhi PH adalah penahanan bekas pemimpin kerajaan. Dua bekas pemimpin tertinggi, Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi, kini berdepan beberapa kesalahan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan berbilion ringgit.

Kuasa PM

Kuasa perdana menteri diteliti pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil. Dalam usaha menunjukkan komitmennya mereformasi pejabat tertinggi, PH melarang perdana menteri memegang portfolio Kabinet lain – bertentangan dengan pentadbiran lalu di mana PM juga mengetuai Kementerian Kewangan.

Kebebasan media



Sementara portal bebas atas talian berkembang di bawah kerajaan Barisan Nasional, akhbar arus perdana kelihatan lebih lantang dalam penulisan artikel yang mengkritik pemimpin kerajaan.

Terdapat akses yang lebih besar kepada majlis rasmi kerajaan untuk akhbar online, di mana pemberita dibenarkan mengemukakan soalan “pedas” kepada pemimpin.

Pusingan U

Kegagalan PH berkisar tentang ketidakupayaannya memenuhi janji pilihan raya, termasuk janji ia akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas berkuasa. Ini termasuk menghapuskan undang-undang drakonian dan hutang pinjaman pelajaran serta hutang yang ditanggung peneroka Felda. PH juga memungkiri janjinya dengan membenarkan pelantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan, agensi dan majlis tempatan.



Masalah PR?

Salah satu kelemahan terbesar PH adalah keupayaannya menangani krisis.

Langkahnya memperkenalkan Jawi dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia dilanda kekeliruan, menghasilkan kenyataan saling bertentangan dari pemimpin kerajaan dan menteri. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan untuk mempercepat pembaharuan dalam bidang pendidikan. Kontroversi itu berakhir dengan peletakan jawatan Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan, di mana jawatannya diambil Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Mohamad mengkritik konflik India Kashmir, mendorong kepada gesaan boikot produk Malaysia.
Kenyataan Mahathir berhubung konflik India Kashmir serta isu domestik lain juga mencetuskan gesaan memboikot produk Malaysia, ketika Malaysia sedang mempromosikan minyak kelapa sawit di tengah-tengah boikot negara Barat.



Kerajaan juga dikritik kerana tidak menyerahkan penceramah kontroversi India, Dr Zakir Naik walaupun New Delhi berulang kali membuat permintaan.

Jualan aset

Bekas perdana menteri Najib muncul sebagai pengkritik paling berani terhadap langkah kerajaan PH menjual aset yang dimiliki institusi kerajaan, terutamanya Khazanah Nasional.

Ini termasuk pembelian 16% saham IHH Healthcare untuk pelaburan RM8.4 bilion oleh Mitsui yang berpangkalan di Jepun. Najib mendakwa nilai aset Khazanah menurun kepada RM73 bilion tahun lalu berbanding RM116 bilion pada 2 tahun sebelum itu.



Bercanggah polisi

Pemimpin kerajaan PH juga gagal bertindak berhubung isu utama. Contoh yang paling menyerlah ialah Lynas Malaysia. Terdapat percanggahan pendapat yang jelas dalam kalangan anggota Kabinet mengenai sama ada loji nadir bumi harus dibenarkan meneruskan operasi kerana kebimbangan terhadap sisa berbahaya. Ia menerima sambungan lesen operasi selama 3 tahun selepas kerajaan persekutuan tumbang minggu lalu.

Daripada perbalahan mengenai perkara dasar untuk menekan Mahathir memberi laluan kepada presiden PKR, Anwar, musuh PH melihat ini sebagai peluang untuk mereka membuat kemunculan semula, walaupun ia bermakna mereka terpaksa bekerjasama dengan musuh.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker