Pertuduhan rasuah, Mahathir pertahankan Guan Eng

Pertuduhan rasuah terhadap Guan Eng bertujuan politik, kata Mahathir

Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini bahawa beliau “cenderung” untuk berfikir bahawa pertuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng bertujuan politik.

“Kami cenderung untuk berfikir begitu,” katanya ketika ditanya mengenai pendakwaan terhadap setiausaha agung DAP itu di mahkamah pagi tadi.

Bekas perdana menteri itu berharap Lim, yang merupakan menteri kewangan di bawah pentadbirannya, akan dilayan dengan adil dengan berkata, semua orang mesti dilayan dengan saksama.



“Tidak boleh ada layanan istimewa untuk orang ini, tetapi tidak orang itu. Diskriminasi seperti itu tidak wajar.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengumumkan keputusannya untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk meminta upah 10% daripada keuntungan projek jalan dan terowong di negeri itu daripada pengarah kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Zenith dianugerahkan kontrak projek pembinaan terowong dasar laut serta 3 jalan yang menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar Pulau Pinang.



Lim yang didakwa melakukan kesalahan itu pada 2011 memohon dibicarakan. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker