Lelaki ‘lalok’, buat kecoh dalam pesawat selepas makan ‘cendawan ajaib’

SEVILLA mengaku mengambil dadah jenis Psilocybin ketika penerbangan. – Anadolu Agency

WASHINGTON – Seorang penumpang yang berhalusinasi mencetuskan kekecohan dalam sebuah pesawat milik syarikat penerbangan United Airlines semasa penerbangan dari Miami ke Washington Selasa lalu, lapor akhbar New York Post.

Ketika kejadian, Cherruy Sevilla didakwa menjerit, mempamerkan tingkah laku tidak terkawal dan menyerang seorang pramugari, demikian menurut afidavit yang difailkan di Mahkamah Daerah Virginia Rabu lepas.

Lelaki itu didakwa mengambil dadah jenis Psilocybin atau lebih dikenali sebagai ‘cendawan ajaib’ selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menahannya sebaik sahaja pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Dulles, utara Virginia.

Sevilla yang mendakwa pernah mengambil dadah itu sebelum ini tidak terkejut apabila berkelakuan sedemikian, kata pihak berkuasa.

Kekecohan tersebut berlaku selepas sejam penerbangan dan berakhir dengan lelaki itu menjerit sesuatu yang tidak jelas sambil tangannya digari, demikian menurut kertas pertuduhan.

Lelaki itu dikatakan merayau di sekitar pesawat, berlari di lorong, bertepuk tangan dengan kuat dan memegang lengan seorang penumpang wanita.

Apabila seorang pramugari meminta dia kembali ke tempat duduknya, Sevilla menyerangnya sebelum menolak penumpang lain termasuk seorang pegawai penguatkuasa undang-undang di dalam pesawat, kata pihak berkuasa.

Sevilla menghabiskan tempoh penerbangan dengan menjerit perkataan lucah sambil diawasi pegawai dan seorang pramugari.

Dia dijadualkan menghadiri perbicaraan pada Khamis ini. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker