PAS kata guna lambang ‘bulan’, Bersatu kata belum muktamad

#PRU15

PAS kata guna lambang ‘bulan’, Bersatu kata belum muktamad

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata Perikatan Nasional (PN) belum memuktamadkan penggunaan logo gabungan itu, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, satu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan berhubung penggunaan logo, termasuk perkara berbangkit lain.

Beliau berkata, sebelum itu ada perbincangan dibuat, namun ia masih belum muktamad kerana masing-masing mempunyai pandangan serta cadangan tersendiri.

“Dalam PN selagi mana belum ada keputusan dibuat di peringkat pusat, maka setiap parti bebas menyuarakan pandangan dan cadangan masing-masing.

“Bagi saya cadangan PAS (guna logo parti mereka) perlu dibincangkan dan pastinya ia akan dibincangkan di peringkat MPT PN yang mana apabila keputusan dibuat Insya-Allah semua akan ikut.

“Sebelum ini ada perbincangan sikit tetapi belum muktamad, sebab tu dalam PAS ada pandangan, begitu juga dengan Bersatu dan Gerakan, masing-masing mempunyai pandangan.

“Itu menunjukkan kita belum capai keputusan muktamad dan kita raikan pandangan yang mana dalam meraikan, sudah pasti setiap parti ada hujah masing-masing,” lapor Berita Harian.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, beliau percaya bahawa MPT PN akan membuat keputusan terbaik untuk memastikan gabungan itu menggunakan satu logo bagi menunjukkan kesatuan antara mereka, pada masa sama mahu memudahkan rakyat membuat pilihan.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, berkata semua calon PN akan menggunakan lambang PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah, pada PRU15.

Beliau berkata, perkara itu sudah mendapat “lampu hijau” dan kelulusan daripada PN.

“Setakat ini telah diterima dan dipersetujui. Kita lihat kenyataan daripada pengerusi PN (Muhyiddin Yassin) pun mengatakan bahawa beliau memahami rasional permintaan PAS itu.

“Bagi saya, saya fahamlah. Mungkin tiada masalah. Jadi maknanya setakat ini semua calon PN akan menggunakan logo PAS kalau itu yang dimuktamadkan,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Pendakian 121 Puncak Sempena Ulang Tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung (JPSM) di Taman Eko Rimba.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk menggunakan logo parti itu khususnya di tiga negeri berkenaan.

PAS kata guna lambang ‘bulan’, Bersatu kata belum muktamad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

https://mykmu.net/2022/10/16/nurul-nazihah-yang-retung-dalam-kemalangan-bar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker