Mahkamah beri pampasan RM14 juta kerana salah hukum lelaki selama 18 tahun

Seorang lelaki menghabiskan masa selama 18 tahun di dalam penjara kerana disabit kesalahan membunuh yang tidak dilakukannya bakal menerima bayaran pampasan sebanyak AS$3 juta (RM14 juta).

Alan Hall sebelum ini dikenakan hukuman penjara seukur hidup pada 1986 selepas seorang lelaki maut ditikam dalam kejadian pecah rumah di Auckland.

Tiada bukti forensik yang mengaitkan Hall dengan insiden itu dan suspek penyerang dikatakan mempunyai ketinggian serta etnik berbeza dari Hall.

Namun, lelaki itu tetap disabit kesalahan bagi jenayah yang tidak dilakukannya.

Hall kemudiannya dibebaskan dengan parol pada 1994 sebelum dimasukkan semula ke penjara pada 2012 kerana melanggar syarat bebas yang ditetapkan.

Lelaki itu akhirnya dibebaskan pada tahun lalu.

Mahkamah Tinggi New Zealand mengakui kesilapan perbicaraan terdahulu mengenai kes Hall.

Menteri Kehakiman, Deborah Russel memaklumkan, Hall bersetuju untuk menerima bayaran pampasan tersebut.

“Kami memohon maaf berhubung apa yang berlaku terhadap Hall.

“Kami tahu permohonan maaf ini tidak dapat mengembalikan masa yang dihabiskan oleh Hall di dalam penjara atau memulihkan penderitaannya,” kata Russell.

Menerusi satu kenyataan kepada media tempatan, keluarga Hall bersyukur dengan keputusan pihak berkuasa untuk membersihkan namanya.

Hall berusia 24 tahun ketika ditahan dan kini dia berumur 61 tahun

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker