Pihak berkuasa Australia siasat iklan sandwic kelawar

Terkini di My KMU !!!!---->

CANBERRA, Australia – Sebuah iklan  yang menunjukkan seorang lelaki memakan sandwic kelawar sedang disiasat oleh agensi kawal selia pengiklanan Australia, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.

Iklan yang dibuat untuk kedai peralatan Boating Camping Fishing (BCF) di Australia itu telah ditonton lebih 250,000 kali di platform YouTube.

Kandungan iklan memaparkan seorang lelaki bergurau bahawa penyebaran wabak koronavirus disebabkan oleh seseorang yang memakan kelawar.

Ia merujuk kepada pengesanan kes awal covid-19 yang datang dari pasar binatang di Wuhan, China yang turut menjual daging kelawar.

Walau bagaimanapun, masih belum terdapat bukti kukuh tentang dari mana virus itu berasal dan bagaimana ia tersebar.

“Piawaian Iklan telah menerima sejumlah aduan mengenai iklan perkhemahan musim panas BCF dan sedang dalam proses menilai aduan ini untuk melihat adakah kandungannya menimbulkan masalah,” kata seorang jurucakap Biro Piawaian Iklan kepada BBC. – Agensi

Leave a Reply