Pasangan kekasih ditahan curi, jual kambing

Butterworth: Kegiatan sepasang kekasih mencuri dan menjual kambing terbongkar selepas mereka ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Mak Mandin, di sini, malam tadi.

Terdahulu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga pembeli kambing curi pada jam 9.30 malam di sini, sebelum membawa kepada tangkapan pasangan kekasih itu beberapa jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, serbuan dibuat susulan laporan seorang lelaki berusia 32 tahun yang memaklumkan pada Selasa lalu bahawa enam kambing miliknya yang berada di dalam kandang hilang dipercayai dicuri.

“Bertindak melalui laporan dan maklumat diperoleh, pasukan Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki dan merampas dua kambing yang dicuri.

“Melalui soal siasat, lelaki itu memaklumkan bahawa dia membeli kambing terbabit daripada dua individu.



“Berikutan itu, berpandukan maklumat polis menyerbu sebuah rumah dan menahan pasangan kekasih untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, pasangan kekasih itu mengaku mereka mencuri enam ekor kambing terbabit dan menjualnya kepada lelaki berkenaan.

“Suspek memberitahu bahawa mereka menjual kambing yang dicuri pada harga RM300 untuk dua kambing.

“Empat daripada enam kambing yang dicuri itu sudah disembelih,” katanya.



Ketiga-tiga suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau kini direman selama dua hari hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.-HM

Penduduk serbu rumah didiami dua pasangan kekasih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker