Kemaluan dihiris rakan wanita · MYKMU.NET

Kemaluan dihiris rakan wanita

Share

 

Georgetown: Penganggur berusia 47 tahun terkejut mendapati kemaluannya mengalami kecederaan sebaik tersedar daripada pengaruh dadah dalam satu kejadian di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa pada 7.55 pagi semalam.

Menurutnya, mangsa yang juga bekas jurugambar mendakwa berjumpa dengan kenalannya yang juga seorang wanita berusia 38 tahun di pejabatnya sekitar kawasan itu pada 6.30 petang.

“Kedua-duanya kemudiannya mengambil dadah dan akibat khayal, mangsa tidak sedarkan diri sebelum mendapati kemaluannya berdarah sebaik tersedar selepas itu.

“Mangsa mendapati wanita itu yang juga penganggur sudah tiada,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Soffian berkata, mangsa yang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) mengalami luka hirisan yang tidak serius disyaki dicederakan dengan objek tajam.

Katanya, mangsa kini ditahan wad dan didapati mempunyai rekod rawatan psikiatrik di HPP.

“Polis sudah merampas beberapa barangan di tempat kejadian termasuk sebilah gunting yang dipercayai digunakan bagi mencederakan mangsa.

“Susulan itu juga, polis berjaya menahan suspek pada 9 pagi di Paya Terubong di sini, semalam.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tiga rekod berkait dadah,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan-HM

Pesakit Covid-19 suruh jururawat pegang kemaluannya

Leave a Reply