Seorang lagi meninggal dunia kerana Covid-19

Malaysia mencatatkan satu lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah korban akibat wabak itu di negara ini menjadi 15 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa terkini itu ialah seorang lelaki berusia 71 tahun.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Noor Hisham memberitahu, mangsa merupakan kes ke-1,519 dan berasal dari Melaka.

“Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif ke-703 yang menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.



“Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, sejak 18 Mac,” katanya.

Menurut Noor Hisham lelaki terbabit meninggal dunia pada jam 5.35 pagi tadi.

“Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” katanya.

Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker