Didakwa larikan bini orang, pelakon ditahan polis 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata polis sebelum itu menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 38 tahun yang juga suami kepada wanita berkenaan.

Beliau berkata suami wanita itu melaporkan tentang ketiadaan isterinya di rumah mereka di Taman Sering Ukay, Ampang dan dipercayai telah keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada Isnin (25 Mei).

“Suami wanita berkenaan turut mendapati suspek telah berhubung dengan isterinya dengan niat cuba memperdaya bagi mendapatkan sesuatu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Noor Azmi, polis telah mendapatkan perintah reman selama empat hari sehingga 30 Mei ini terhadap suspek bagi membantu siasatan menurut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.

Kes turut disiasat menurut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu kelakuan aib, katanya. — Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker