Pemain Bolasepak Sam Kerr Wanita Pertama Hiasi Kulit FIFA 23 Permainan Video Edisi Global

Pemain Bolasepak Sam Kerr Wanita Pertama Hiasi Kulit FIFA 23 Permainan Video Edisi Global

PENYERANG Australia, Sam Kerr bakal menjadi pemain wanita pertama tampil di muka depan permainan video Fifa Electronic Arts apabila francais berusia hampir tiga dekad itu melancarkan ‘Fifa 23’ tahun ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh pemaju permainan digital itu, minggu ini



Kerr yang bermain untuk juara Liga Super Wanita, Chelsea, akan ditampilkan bersama penyerang Paris St Germain dan pemenang Piala Dunia (Perancis), Kylian Mbappe.

Mbappe menghiasi muka depan dua edisi terakhir sebelum ini

Kerr merupakan penjaring terbanyak WSL musim lalu dengan 20 gol dalam banyak penampilannya.



Bintang berusia 28 tahun itu juga menjaringkan 56 gol dalam 108 penampilan untuk Australia sejak penampilan pertamanya
pada 2009, ketika usianya 15 tahun.

“Dua kuasa yang luar biasa di hadapan,” kata EA Sports Fifa dalam ciapan di Twitter.



Untuk rekod wajah wanita hanya dipaparkan di kulit muka depan serantau pada tahun-tahun sebelumnya.

Alex Morgan dari Amerika dan Christine Sinclair dari Kanada tampil bersama Lionel Messi pada muka depan Fifa 16 edisi Amerika Utara, di mana yang pertama mempunyai pasukan wanita.

Siri Fifa merupakan salah satu francais permainan video paling berjaya di dunia yang meraih jualan berbilion dolar.

Namun edisi tahun ini adalah judul terakhir EA selepas mereka berpisah dengan badan induk bola sepak dunia, Fifa.



EA membuat tawaran penting kepada Fifa untuk tempoh eksklusif lapan tahun merentasi semua hak permainan dan e-sukan

Fifa, tetapi badan bola sepak itu tidak bersedia untuk mengunci semua hak permainan dan e-bola sepak dengan hanya satu penerbit.

Pemain Bolasepak Sam Kerr Wanita Pertama Hiasi Kulit FIFA 23 Permainan Video Edisi Global



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker