CEO KFA dibebaskan dengan jaminan SPRM

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Zulkifli Che Haron telah dibebaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KFA dalam satu kenyataan berkata, Zulkifli dibebaskan dengan tiga invidu lain selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM.

“KFA ingin memalumkan bahawa beliau telah dilepaskan dengan jaminan SPRM pada pagi ini, 7 Januari 2024 kira-kira jam 10 pagi selepas selesai memberi keterangan, bersama-sama tiga individu lain.



“KFA juga ingin menjelaskan bahawa persatuan tiada kaitan dengan mana-mana projek kerajaan negeri. Menurut statut persatuan, kesemua keputusan persatuan perlu diputuskan di bawah Jawatankuasa Eksekutif (Exco KFA). CEO hanya menjalankan tugas bagi melicinkan pentadbiran persatuan.

“Sepanjang penubuhan persatuan pendapatan utama adalah sumbangan syarikat dan badan-badan korporat.

“Segala penerima kewangan telah direkodkan dalam laporan kewangan persatuan dan dibentangkan. Sumbangan diterima adalah tanpa imbalan dan tanpa prasangka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berikrar untuk mendedahkan komplot yang didakwanya telah menyebabkan kepada penahanan kepada Zulkifli kerana terbabit dakwaan rasuah.



Sanusi, yang juga presiden KFA, dilaporkan mendakwa penahanan Zulkifli dan tiga individu lain itu satu kezaliman pihak tertentu yang menggunakan agensi kerajaan untuk tujuan politik dan kepuasan peribadi.

“Tak ada sesiapa pun antara mereka itu kaya, semua miskin papa kedana. Ada yang nak isi minyak kereta pun tak mampu.

“Ada diberhentikan kerja dan sedang cuba bina semula kehidupan dengan mengusahakan pelbagai kerja.

‘Kalau depa (mereka) dapat habuan RM6 juta, depa tak semiskin itu,” kata Sanusi seperti dipetik Harian Metro.



Sanusi berkata KFA sejak penubuhannya telah membiayai aktivitinya melalui sumbangan derma, tetapi tidak sampai ke tahap rasuah kerana ia tidak mempunyai akses kepada mana-mana projek yang memerlukan kelulusan daripada kerajaan.

Menurut kenyataan itu lagi, CEO KFA berkenaan telah berusaha untuk menyelesaikan segala tunggakan gaji pemain serta hutang yang membelenggu persatuan.

Malah, beberapa pencapaian lain juga turut dicapai termasuklah KFA berjaya memiliki pejabat pentadbirannya sendiri.

“KFA berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi serta menghentikan tuduhan yang tidak berasas,” kata kenyataan itu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker