Kedai barang kemas kena scam, pelanggan tukar cincin RM1 juta dengan replika

Cincin berlian asli (kiri) ditukar dengan replika (kanan)/ – Pasukan Polis Singapura

Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan selepas cuba menukar sebentuk cincin berlian berharga SGD$318,000 (RM1.11 juta) dengan sebuah replika di sebuah kedai di Marina Bay Sands.

Portal berita Asia One melaporkan, polis menerima laporan mengenai kes penipuan itu sekitar pukul 1.15 tengah hari (waktu tempatan), kelmarin.

Siasatan awal mendapati lelaki itu berpura-pura berminat untuk membeli cincin berlian tersebut di sebuah kedai barang kemas.

Sambil memegang cincin dengan tangan kiri, dia mengalihkan perhatian pekerja kedai kepada barang kemas lain lalu menukarnya dengan sebuah replika menggunakan tangan kanan.



Kakitangan itu kemudian menyedari bahawa tanda harga pada cincin replika itu mempunyai tekstur yang berbeza dan memaklumkan kepada pegawai keselamatan.

Mereka kemudian menemui cincin berlian asli yang dicuri lelaki berkenaan sebelum dia ditahan oleh polis di lokasi kejadian. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker