Lelaki mati tergantung di siling dapur

Anggota polis sedang mengusung mayat mangsa untuk dihantar ke hospital.

SEREMBAN – Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai menggantung dirinya pada siling ruangan dapur di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Jerangkang, Labu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, Pusat Kawalan Kontinjen Negeri Sembilan telah menerima panggilan telefon daripada MERS 999 yang memaklumkan telah menemui seorang lelaki menggantung diri di lokasi pada pukul 8 pagi.

“Sepasukan polis daripada Balai Polis Nilai telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki berumur lingkungan 30-an tergantung pada siling ruangan dapur di sebuah rumah tidak bernombor yang disyaki telah membunuh diri.

“Hasil siasatan lanjut ke atas tubuh badan si mati mendapati telah mula mereput dan bengkak dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.



Menurutnya, kematian mangsa telah disahkan oleh pegawai kesihatan daripada Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Katanya, bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh terus menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06790 4389 atau hadir ke balai polis yang berdekatan

Lelaki mati tergantung di siling dapur




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Batu Puteh: Kalau Langkawi hilang apa rasa orang Kedah, soal Sultan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker