Graduan UPSI ditemui lemas di Sungai Perak

Graduan UPSI ditemui lemas di Sungai Perak

Seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemui lemas di Sungai Perak, dekat Kampung Bukit Sapi di Lenggong hari ini.

Difahamkan, Saiful Azhar Mohd Azhari, 27, disedari hilang selepas motosikalnya ditemui ditinggalkan dekat Jambatan Bukit Sapi di Lenggong semalam.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong dikerahkan selepas menerima panggilan pada 8.35 pagi tadi.

“Kita menerima maklumat daripada polis ada seorang mangsa lelaki hilang sejak semalam dan JBPM dimaklumkan pihak polis untuk melakukan pencarian hari ini.

“Semasa pihak bomba dan penyelamat baru memulakan pencarian, kita terima maklumat mangsa dijumpai orang awam di tepi Sungai Perak,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian dan tersangkut di dahan pokok dekat sungai. FMT



Graduan UPSI ditemui lemas di Sungai Perak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker