Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya bermula esok

KANGAR: Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya, bagi pengimarahan bermula esok.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, aktiviti pengimarahan termasuk kuliah agama, kelas pengajian dan sebagainya diperkenan bermula waktu subuh esok.

“Semua aktiviti dibenarkan dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup separuh muka, melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter pada setiap masa, membawa sejadah sendiri, mengambil wuduk sebelum ke masjid dan sebagainya,” titah baginda menerusi kenyataan.



Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), hari ini.

Baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah, kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan golongan wanita turut dibenarkan hadir.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, jamuan makan, bermalam dan majlis sosial tidak dibenarkan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. – BERNAMA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker