Israel serang 300 sasaran selepas Netanyahu tolak gencatan senjata

Israel serang 300 sasaran selepas Netanyahu tolak gencatan senjata

Israel berkata tenteranya memerangi Hamas di Gaza semalaman dan menyerang 300 sasaran selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menolak gencatan senjata yang disifatkannya sebagai tanda tunduk kepada kumpulan pejuang Palestin.

“Askar membunuh mereka dan mengarahkan tentera udara melakukan serangan masa nyata ke atas sasaran dan infrastruktur,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.



Pada malam keempat operasi darat di dalam utara wilayah Palestin, dilaporkan beberapa pertembungan yang menyaksikan pasukan Israel melepaskan peluru berpandu anti kereta kebal dan tembakan senjata automatik.

“Serangan udara membabitkan 300 sasaran termasuk tapak pelancaran peluru berpandu dalam kawasan tentera di terowong milik Hamas,” kata kenyataan itu lagi.

Pertempuran berlaku selepas Netanyahu pada petang semalam mengenepikan gesaan daripada 120 negara untuk gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan.

“Ini tidak akan berlaku,” kata perdana menteri kepada media asing sambil berikrar Israel akan menyerang sehingga pertempuran ini dimenangi.



“Gesaan untuk gencatan senjata adalah seruan agar Israel menyerah kepada Hamas,” katanya.

Israel mendakwa pihaknya melancarkan perang pada 7 Oktober lalu sebagai balasan atas serbuan yang diketuai Hamas ke atas negara itu.

Pengeboman udara besar-besaran Israel berterusan lebih minggu, sebelum diikuti serangan darat berskala besar di Gaza. BH

Israel serang 300 sasaran selepas Netanyahu tolak gencatan senjata



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker