Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’

Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’

Baru menang bergaya pada kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor, Najib Razak terus bergerak dengan kempen baru menyasarkan komuniti Cina.

Pagi ini, Najib menjadi pemberi ucaptama pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Pulau Pinang (Pibis), yang turut menyentuh berkaitan politik yang ditujukan buat komuniti Cina.



Dalam ucapannya, Najib menyerang DAP dan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah Pulau Pinang sejak 2008.

“Agak sukar untuk saya percaya yang ramai orang Cina percaya propaganda DAP bahawa saya pernah sebut “Apa lagi Cina mahu” – hanya kerana DAP selalu menyebarkan gambar muka surat hadapan sebuah surat khabar Melayu mengandungi kata-kata itu, dan kebetulannya gambar muka saya juga ada di muka surat berkenaan.

“Saya ulang, saya tidak pernah dan tidak akan sebut kata-kata itu yang saya lihat sangat tidak sensitif dan bongkak. Memang bukan saya,” kata Najib.

Najib membidas DAP dan PH kerana memotong peruntukan buat Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), gagal memansuhkan bayaran tol seperti dijanjikan dan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) yang katanya berbahaya untuk alam sekitar.



Tambahnya, hubungan antarabangsa terjejas kerana kontrak dibatalkan kerajaan PH dan pasaran saham Malaysia kini antara yang terburuk di dunia.

Hutang negara pula, kata Najib, kini mencecah RM1 trilion, 46 peratus lebih tinggi berbanding sewaktu dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 2018.

‘Hari bahagia akan kembali’



Sebaliknya, puji Najib, semasa pentadbirannya antara 2009 hingga 2018, ekonomi mekar dan pasaran saham menunjukkan aliran menaik.

Pelaburan asing dan pertumbuhan KDNK juga, kata Najib, pada ketika itu berada pada tahap tertinggi di rantau ini.

“Secara asasnya, orang dan komuniti Cina pada ketika itu mempunyai banyak peluang dan kebebasan untuk buat duit.

“Kerajaan tidak pernah menyekat sesiapa atau mana-mana komuniti daripada membuat duit,” kata Najib.



Dakwanya, banyak orang Cina memberitahunya yang mereka menyalahkan kerajaan PH atas kemerosotan pasaran saham dan ekonomi yang semakin lembap.

Dia mendakwa menerima aduan bahawa pentadbiran PH terdahulu menjadikan komuniti Cina sebagai mangsa menerusi tuntutan cukai pendapatan yang tidak adil.

“Mereka beritahu saya PH ini cuma hui chiang puk hui zuo, atau tahu cakap saja, tapi tak dapat buat,” kata Najib mengungkapkan pepatah itu dalam bahasa Mandarin.

Selepas membentangkan hujah, Najib mencadangkan jalan keluar. Katanya, Malaysia memerlukan BN untuk kembali berkuasa dalam satu keadaan yang “benar-benar pelbagai kaum”.



“Saya janjikan ini kepada anda: Jika Malaysia mengembalikan kerajaan pelbagai kaum BN yang kuat dengan majoriti kukuh, dengan rekod prestasi kami, saya boleh jamin bahawa pasaran saham akan rancak sekali lagi, pelabur asing akan berlumba-lumba ke negara kita dan hari-hari yang bahagia akan kembali.

“Kita tidak boleh memperjudikan (nasib) sekali lagi lagi memandangkan pandemik dan mimpi ngeri empat tahun kebelakangan ini telah memberi kesan yang besar ke atas Malaysia. Jadi, tolonglah kami dan tolonglah negara kita ini, dan tolonglah seluruh rakyat Malaysia,” kata Najib.

Pibis dianjurkan oleh Institut Strategi Antarabangsa (ISI), yang memperkenalkan dirinya sebagai badan tidak berasaskan keuntungan dan terlibat dalam rangkaian perniagaan, kajian perniagaan dan pemadanan perniagaan-pelabur.

Isis diketuai oleh Cheah Chyuan Yong.



Pada Disember, ISI menjemput Najib sebagai pemberi ucaptama di satu lagi persidangan dikenali sebagai Forum Ekonomi Cina Seunia di Kuala Lumpur. Mk

Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker