Polis rakam keterangan Sanusi berhubung ceramah PRK Pelangai

Polis rakam keterangan Sanusi berhubung ceramah PRK Pelangai

Polis Pahang telah merakam percakapan Sanusi Md Nor difahamkan berhubung kenyataan yang dibuat semasa sesi ceramah menjelang hari penamaan calon bagi PRK DUN Pelangai.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata, keterangan menteri besar Kedah itu dirakam di Balai Polis Manchis, Bentong pada 7 Okt lepas, susulan dua laporan dibuat terhadapnya berhubung isi kandungan ceramah pada 22 Sept itu.



“Keseluruhannya, kita sudah mengambil keterangan lima individu,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Polis Pahang di IPK Pahang di Kuantan, lapor Bernama.

“Siasatan lanjut masih dijalankan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.”

Beliau berkata, siasatan terhadap Sanusi dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. FMT

Polis rakam keterangan Sanusi berhubung ceramah PRK Pelangai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga



Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?



Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker