Belanjawan 2023: Ramai kecewa, masih gagal keluar KWSP

Segelintir masyarakat meluahkan kekecewaan ekoran tiada pengumuman dibuat berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Meskipun begitu, di media sosial mendapati, ramai di antara mereka masih berharap berkaitan perkara terbabit bagi mengatasi masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi ketika ini.

“Ingatkan ada sinar, rupanya semakin gelap. Sudahlah ‘single parent’ (ibu tunggal) anak nak ke sekolah, bil elektrik dan air tertunggak dan duit sekarang tinggal RM5 sahaja.

“Cubalah keluarkan KWSP bersasar. Penat dah nak cari duit, hutang makin bertambah. Nak harapkan bantuan keluarga, adik-beradik pun ada tanggungjawab sendiri,” luah Khairulisa Bakrie dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, seorang pengguna dikenali sebagai Ros Zilawati berharap agar pengeluaran KWSP masih dipertimbangkan kerajaan.

“Ya Allah, kami berharap ada sinar buat kami yang memerlukan. Bahagia tak terkira bila pengeluaran ini diluluskan,” ucapnya.

Selain itu, seorang lagi pengguna iaitu Sakry Zaini turut berharap untuk mengeluarkan simpanan KWSP miliknya berikutan syarikat dia bekerja akan menamatkan operasi.

“Bulan Februari ini bulan terakhir aku bekerja. Bulan Mac ini syarikat aku tutup operasi. Nak cari kerja baru semua nak umur 45 tahun ke bawah dan tak tahulah macam mana nak dapatkan kerja sebab itulah aku harapkan pengeluaran KWSP,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak RM500 caruman akan ditambah ke dalam Akaun 1 bagi ahli KWSP yang berusia 40 hingga 54 tahun.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli melibatkan peruntukan kira-kira RM1 bilion

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker