Tengku Zafrul dilantik MKT Umno

Tengku Zafrul dilantik MKT Umno

Tengku Zafrul Aziz mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno semalam.

Berita itu disahkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam Twitter.



“Mesyuarat MKT Umno malam tadi bermula dengan Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai ahli MKT Umno yang dilantik oleh Presiden (Ahmad Zahid Hamidi),” tulisnya.

Awal bulan ini, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, beliau akan bertanding satu daripada 25 kerusi MKT.

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, beliau mahu membina asas politiknya dan memastikan kejayaan jangka panjang.

Beliau dilantik bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor pada 31 Julai 2022.



Tengku Zafrul julung kali bertanding dalam PRU tahun lalu di kerusi Parlimen Kuala Selangor mewakili BN, tetapi tewas kepada calon Pakatan Harapan, Dzulkefly Ahmad dengan 1,002 undi. FMT

Tengku Zafrul dilantik MKT Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta



Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker