Hubungan intim seminggu sekali bantu lindungi warga emas daripada nyanyuk

Hubungan intim seminggu sekali bantu lindungi warga emas daripada nyanyuk

SEKS boleh membantu melindungi daripada dementia atau nyanyuk dengan meningkatkan aliran darah ke otak, menurut pakar.

Menurut kajian juga mendapati, bagi individu berusia 62 hingga 74 tahun, kualiti seks dan klimaks berkait rapat dengan ketajaman mental.



Bagi individu berusia lebih daripada 75 tahun, manfaat terbesar diperoleh dengan melakukan aktiviti hubungan seks sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Dementia adalah suatu penyakit yang boleh menjejaskan fungsi otak secara berperingkat yang membawa kepada kemerosotan keupayaan otak untuk berfungsi dengan baik.

Menurut Penolong Profesor Sosiologi Hope College, Michigan, Amerika Syarikat, Prof Shannon Shen, seks adalah latihan fizikal dan latihan ini berkait rapat dengan prestasi kognitif yang lebih baik dengan meningkatkan aliran darah dalam otak.

“Ini mungkin lebih benar pada usia yang lebih tua disebabkan kadar tinggi disebabkan kurang aktif, jadi hubungan seks untuk golongan usia berkenaan mungkin memberi manfaat.



“Hubungan intim seks yang berkurang dalam usia itu, ia mungkin sebagai satu cara untuk mengatasi kekeringan dalam otak.”

“Selain itu, ia juga terbukti bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal, termasuk kesihatan jantung, kebahagiaan serta kesejahteraan.” katanya.

Terdahulu, kajian berkaitan hubungan seks itu dilakukan terhadap seramai 1,683 orang di Amerika yang berusia 62 tahun ke atas selama lima tahun.

Foto iklan gejala nyanyuk. – Foto Kementerian Kesihatan Malaysia.
Foto iklan gejala nyanyuk. – Foto Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dalam kajian itu ditanyakan soalan mengenai aktiviti hubungan intim, iaitu termasuk berapa kerap mereka mengadakan hubungan seks, sejauh mana kepuasan yang mereka dapat, selain melakukan ujian berkaitan perhatian, ingatan, kepantasan berfikir dan matematik.



Prof Shen menyatakan, bahawa lonjakan hormon “feelgood” dopamine (berkaitan penghantar saraf bahan kimia otak yang mengawal pergerakan) ketika orgasme juga melindungi saraf yang berkaitan dengan ingatan.

Di samping itu, warga emas juga digalakkan bersenam dan bersosial, mengamalkan pemakanan sihat dan dket seimbang juga dapat meningkatkan kecerdasan otak.

Data menunjukkan, hampir sejuta penduduk Britain menghidapi dementia yang dianggap sebagai penyakit pembunuh utama di United Kingdom. BH

Hubungan intim seminggu sekali bantu lindungi warga emas daripada nyanyuk



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker