Jenazah Penyanyi “Apo Kono Eh Jang” Datin Mastura Selamat Dikebumikan

Jenazah Penyanyi “Apo Kono Eh Jang” Datin Mastura Selamat Dikebumikan

Jenazah penyanyi, Allahyarham Datin Mastura Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long, Cheras sebelum Zohor tadi.

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Apo Kono Eh Jang itu, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari tahap empat di kediamannya di Taman Cheras Idaman, pada pukul 8.39 malam Rabu.



Difahamkan, majlis pengebumian Allahyarham dihadiri oleh sanak-saudara dan rakan-rakan artis yang rapat dengannya.

Allahyarham Mastura, 65, yang juga seorang balu meninggalkan dua cahaya mata dan dua cucu.

Beliau yang dilahirkan di Tanjung Kerayong Mentakab Pahang mula mencipta nama melalui lagu duet menggunakan loghat Negeri Sembilan, Apo Kono Eh Jang! yang dinyanyikannya bersama Ally Noor.-AA

Jenazah Penyanyi “Apo Kono Eh Jang” Datin Mastura Selamat Dikebumikan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker