Kementerian Perladangan dan Komoditi mencabar -Johari Ghani

Kementerian Perladangan dan Komoditi mencabar -Johari Ghani

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani menyifatkan Kementerian Perladangan dan Komoditi sebagai sebuah kementerian mencabar dan melibatkan pemikiran di luar kotak.

Johari menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan dan amanah yang diberikan untuk menerajui kementerian tersebut.



“Ia adalah sebuah kementerian yang mencabar dan banyak perkara yang melibatkan pemikiran di luar kotak dalam menghadapi cabaran masa depan.

“Bersandarkan pengalaman yang saya miliki, InsyaAllah, saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk negara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, perkara pertama yang akan dilakukannya sebaik melapor diri di kementerian tersebut adalah untuk mendapatkan taklimat menyeluruh daripada semua agensi di bawahnya terlebih dahulu.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Johari sebagai muka baharu dalam barisan Kabinetnya iaitu sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.



Portfolio kementerian itu sebelum ini dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Untuk rekod, Johari yang merupakan akauntan bertauliah dari United Kigndom (UK) pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 2015. Utusan

Kementerian Perladangan dan Komoditi mencabar -Johari Ghani

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker