Selepas isytihar sokongan pada Anwar, baru dapat perhatian dari pemimpin tertinggi Bersatu

Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim, salah seorang daripada empat ahli parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menegaskan keputusannya dibuat demi kepentingan pengundi kawasan yang diwakilinya.

News Straits Times (NST) melaporkan Mohd Azizi yang sebelum ini berdiam diri di tengah-tengah persoalan yang tercetus kerana tindakannya itu, berkata lima pemimpin tertinggi Bersatu menghubunginya semalam.

“Lima pemimpin tertinggi Bersatu telah menghubungi saya semalam termasuk presiden parti tetapi saya tidak bersedia untuk menjelaskan butiran (panggilan itu).



“Saya menerima panggilan mereka selepas empat tahun menyertai parti itu,” katanya, lapor akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Menurut NST, Azizi menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan akibat atas keputusannya itu.

“Saya membuat keputusan ini untuk kepentingan rakyat di kawasan saya.

“Saya harap pengundi faham dan saya serahkan kepada mereka untuk menilai saya kerana kehadiran saya di parlimen juga adalah atas kepercayaan mereka,” katanya.



Azizi juga menegaskan bahawa walaupun dia telah meminta untuk menukar tempat duduknya di Dewan Rakyat, bersama tiga lagi ahli parlimen Bersatu namun dia akan kekal menjadi sebahagian daripada wakil pembangkang.

Selain Azizi, tiga lagi ahli parlimen Bersatu yang menyokong Anwar ialah Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata parti itu akan membuat laporan kepada polis dan SPRM, mendakwa terdapat unsur sogokan dan ugutan untuk mendapatkan ahli parlimen partinya mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Iskandar dan Suhaili masing-masing telah digantung daripada Bersatu selama empat tahun dan enam tahun, oleh lembaga disiplin parti.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker