Syasya sorok identiti suami

Syasya sorok identiti suami

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal berkongsi foto bersama suaminya di Instagram (IG) selepas berita perkahwinan tular di pelbagai platform media sosial sejak semalam.

Melalui hantaran berkenaan, Syasya atau nama sebenar, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, berkongsi tiga foto bersama suaminya dengan mengenakan busana pengantin serba putih dipercayai diambil pada hari pernikahan mereka.



Bagaimanapun, cucu kepada pelakon veteran, Rozie Othman itu hanya berkongsi emoji hati tanpa memuat naik sebarang maklumat mengenai pernikahan mahupun nama suaminya.

Selain itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

Antara yang menitipkan ucapan adalah rakannya yang juga anggota Dolla iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel.



Bagaimanapun, Syasya dilihat ‘mengeluarkan’ semua hantaran yang pernah dimuat naik bersama Dolla di halaman IG sebelum ini dengan hanya meninggalkan lima hantaran sahaja termasuk foto bersama suami.

Syasya bergelar isteri dalam satu majlis tertutup, kelmarin.

Berita gembira itu dikongsi syarikat rakaman, Universal Music Malaysia (UMM) melalui kenyataan media, semalam.

Bagaimanapun, butiran terperinci majlis itu termasuk identiti jejaka yang mencuri hati Syasya tidak didedahkan.



Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, perancangan mendirikan rumah tangga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada Dolla.

Pada 8 Mac lalu, Dolla membuat kejutan apabila mengumumkan pengunduran Syasya menerusi hantaran di akaun rasmi mereka hingga ramai peminat kecewa. BH

Syasya sorok identiti suami

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker