Aktivis Rusia kutip derma, JAKOA akan ambil tindakan tegas

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan kerjasama polis dan Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang aktivis Rusia kerana terus mengutip derma bagi satu program untuk masyarakat Orang Asli di Tapah, Perak yang telah ditarik balik kebenarannya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Abd Latiff Ahmad menjelaskan, program Kelas Bahasa Inggeris di Kampung Orang Asli Pos Woh, Tapah itu yang pada mulanya diberikan kelulusan kepada Valeriya Ashtashova pada 14 Dis tahun lalu, telah dibatalkan selepas pelanggaran beberapa syarat yang ditetapkan JAKOA.

Beliau berkata, pada awalnya kelulusan diberikan bagi memberi peluang kepada individu dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk berganding bahu dengan kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli.

Tiada laporan pedofilia babit masyarakat Orang Asli

“Bagaimanapun, JAKOA menerima maklumat aktivis terbabit telah menyalah guna dewan di kampung berkenaan untuk dijadikan tempat penginapan, serta membawa individu lain tanpa kelulusan.

“Tindakan ini menyalahi peraturan serta menimbulkan risiko penyebaran wabak Covid-19 di kampung ini. Individu tersebut turut memuat naik kritikan terhadap perkhidmatan kesihatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan, untuk masyarakat Orang Asli di media sosial,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Abd Latiff berkata, selepas pembatalan program tersebut, pihak JAKOA telah meminta individu terbabit meninggalkan kampung berkenaan namun beliau enggan mengikuti arahan dan secara terus menerus memburukkan JAKOA, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan kerajaan Malaysia.

“Selain itu kutipan derma untuk menjalankan progam ini terus dilaksanakan walaupun notis penamatan program telah dikeluarkan JAKOA dan kutipan tersebut tidak melalui mana-mana pertubuhan berdaftar,” kata beliau.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker