Dharma sukar bertutur, hilang ingatan

Dharma sukar bertutur, hilang ingatan

Seniman popular era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid masih mengalami beberapa kesan sampingan seperti kesukaran bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar pada 2019.

Justeru, Dharma, 68, berkata dia masih perlu mengambil ubat dan melakukan latihan untuk menguatkan ingatan seperti yang disarankan oleh doktor.

“Sekarang saya susah hendak ingat apa-apa. Kadang-kadang, saya tahu perkara itu, tapi hendak cakap itu yang susah.

“Jadi, untuk karier seni, saya memang tak boleh hendak mengarah atau berlakon. Saya hanya perlu ikut sahaja apa diarahkan dan berusaha untuk ingat sesuatu.

“Doktor juga nasihatkan saya untuk paksa dan buat latihan untuk memori saya. Disebabkan itu, saya tengok semula filem-filem lama,” katanya.

Dharma yang muncul di layar perak buat kali pertama menerusi filem Adik Manja pada 1980 berkata, dia masih menerima tawaran lakonan, namun terpaksa menolak disebabkan tahap kesihatannya tidak mengizinkan.

“Penerbit seperti Datuk Yusof Haslam dan Richard Ung ada panggil untuk berlakon, tapi saya terpaksa tolak sebab tak boleh berdiri lama dan pinggang juga tak berapa kuat.

“Tapi, kalau ada watak yang sesuai dan mampu untuk dijayakan, mungkin saya akan ambil sebab jiwa masih lagi dalam bidang lakonan.

“Seingat saya, kali terakhir berlakon lebih 10 tahun lalu,” katanya ditemui pada program Ziarah Madani bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Menerusi program itu, Dharma menitiskan air mata sebaik menerima kunjungan daripada wakil Perdana Menteri.

Dharma kini tinggal bersama dua anaknya, Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, yang sedang melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). BH

Dharma sukar bertutur, hilang ingatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker