Kerajaan Melaka Ucap Terima Kasih Kepada Bank Rakyat Bantu Ringankan Beban Golongan Asnaf

Oleh Ustaz

YAB Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah hadir ke majlis Penyampaian Sumbangan Zakat kepada Golongan Asnaf DUN Lendu Di Japerun Lendu.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berterima kasih kepada Bank Rakyat kerana telah menyumbangkan RM30 000 wang zakat untuk diagihkan kepada 150 penerima dalam DUN Lendu. Setiap penerima menerima RM200 serta kit makanan.

Diharapkan usaha ini akan meringankan sedikit sebanyak beban penerima yang sememangnya terkesan dengan pelaksanaan PKP dan ‘lockdown’ separuh masak sebelum ini.

Selain itu walaupun sumbangan ini tidak besar ianya pasti akan menggerakkan kitaran ekonomi masyarakat setempat.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Encik Saiful Hazwa Kipli, Pegawai Daerah Alor Gajah dan Encik Mazlan Mohamad, Ketua Wilayah Bank Rakyat Melaka dan Negeri Sembilan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker