Setiap minggu mengigau, ada nombor bawa ke parlimen – Anwar
Setiap minggu mengigau, ada nombor bawa ke parlimen – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Saya sangat yakin Kerajaan Perpaduan kekal penuh sehingga pilihan raya lima tahun lagi,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas laporan mendakwa pembangkang kini mempunyai Akuan Bersumpah (SD) mencukupi bagi membentuk kerajaan.
“Kalau dia ada (SD) , masa Parlimen nanti bawa SD dan buat usul di Parlimen.
“Tidak ada masalah. Ini tiap-tiap minggu dia jadi macam mengigau.. sebelum puasa, sebelum raya, selepas raya, sebelum raya haji, sebelum Thaipusam, sebelum Tahun Baharu Cina dan banyak lagi sebelum.
“Insya-Allah, Kerajaan Perpaduan kekal penuh sehingga pilihan raya akan datang,” katanya kepada media selepas merasmikan ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah sempena sambutan ulang tahun ke-75 persatuan itu, hari ini.
Sebelum ini, ada laporan menyatakan pembangkang mempunyai SD mencukupi dan mencadangkan nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sebagai Perdana Menteri.
Semalam, PAS mengesahkan kenyataan media kononnya menzahirkan sokongan terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menjadi Perdana Menteri sebagai palsu.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. BH
Setiap minggu mengigau, ada nombor bawa ke parlimen – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam
- Wanita maut ketika selam snorkel
- Puteri Balqis dedah nama kekasih
- Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu
- Madu Miera Leyana mengaku tidak bersalah
- Mira dilabel muka tembok, berlakon macam ‘queen’
- Ustaz Dusuki bidas lagi, terkejar-kejar dunia glamor, malaikat maut sedang kejar
- Ifa Raziah tegur Hattan ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita -‘Itu Karma, Dulu Mengata Saya’
- Maryam Durian Kimchi Kecewa [VIDEO]
- Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman
- Halau saja artis biadap di TV – Izwan
- Fiza Halim teruk dikecam pakai baju ketat ikut bentuk badan
- Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula
- Wanita terjatuh di celah lif, mayat ditemui 3 hari kemudian [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)