Pelbagai produk kosmetik tanpa kelulusan KKM dirampas
Pelbagai produk kosmetik tanpa kelulusan KKM dirampas

KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis produk kosmetik dan makanan tambahan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) yang disimpan untuk dijual secara dalam talian di platform media sosial dirampas dalam serbuan di dua kediaman di Segambut pada Rabu lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, serbuan di kediaman pertama telah membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan serta dua wanita warga asing berusia 28 dan 30 tahun.
“Selain itu, 1,972 kotak dan 2,551 botol pelbagai jenis produk kosmetik serta produk makanan tambahan yang tidak mempunyai kelulusan KKM dirampas.
“Lelaki tempatan berusia 40 tahun yang juga pemilik premis kemudian membawa anggota polis ke sebuah lagi kediaman dan menemukan 180 kotak dan 895 botol pelbagai jenis produk kosmetik dan produk makanan tambahan.
“Kesemuanya tidak mempunyai kelulusan KKM dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM185,515,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Menurut Azmi, operasi yang turut disertai pegawai penguat kuasa KKM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu adalah bagi memutuskan rantaian pengedaran haram produk kesihatan serta makanan tiada kelulusan selain membanteras ancaman terhadap keselamatan dan kesihatan pengguna.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Peraturan 18A dan Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
DBKL pula mengeluarkan satu notis mengikut Seksyen 26(1)(a) Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada pemilik kerana menukar kegunaan bangunan daripada kediaman kepada dagangan.
“Pengguna dinasihatkan lebih peka dan bijak dalam menilai serta memilih produk-produk pemakanan dan kesihatan bagi kegunaan seharian dengan mengutamakan kualiti dan akreditasi diperakui pihak berkuasa yang sah.
“Polis memberi amaran kepada pengendali platform laman sosial dan dagangan dalam talian untuk memantau aktiviti jualan di platform masing-masing supaya tidak menjual peralatan atau barangan menyalahi undang-undang,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Azmi turut memaklumkan bagi tempoh Januari hingga 16 Julai lalu, sebanyak 167 serbuan dilakukan yang membawa kepada penahanan 300 orang atas pelbagai kesalahan.
Antaranya penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penjualan senjata tiruan, penyeludupan hidupan liar serta operasi e-sisa.
“Keseluruhan nilai rampasan bagi tempoh yang dinyatakan dianggarkan berjumlah lebih RM541 juta dan polis memberi jaminan akan mempergiat risikan dan operasi bagi menjejaki serta membanteras kegiatan ini dengan lebih berkesan demi keselamatan masyarakat dan ketenteraman awam,” katanya.
Pelbagai produk kosmetik tanpa kelulusan KKM dirampas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.