Pempengaruh, adik buat laporan palsu didakwa hari ini

Pempengaruh, adik buat laporan palsu didakwa hari ini

Pempengaruh, adik buat laporan palsu didakwa hari ini
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz. – Foto NSTP

MUAR: Pempengaruh permotoran dan adik lelakinya yang membuat laporan palsu berhubung kehilangannya susulan kereta dipandu ditemui dalam Sungai Tui, Bukit Kepong, minggu lalu akan didakwa hari ini.

Dua beradik masing-masing berusia 38 dan 30 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam serta Seksyen 109 kerana bersubahat melakukan kesalahan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tindakan itu diambil selepas polis mendapat arahan Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) bagi mendakwa dua beradik berkenaan hari ini.

“Sebagai makluman berkaitan kes sebuah kereta dijumpai terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong yang berakhir dengan kes laporan palsu dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Muar esok (hari ini),” katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz dalam kenyataan media sebelum ini dilaporkan berkata, pencarian lelaki terbabit ditamatkan susulan terdapat keraguan dalam laporan dibuat adik lelakinya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


Siasatan lanjut dijalankan dan keterangan daripada adik lelaki akhirnya membongkar kejadian sebenar yang mana lelaki itu tidak hilang, sebaliknya ke negara jiran.

Sebelum itu, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada 15 Julai lalu sebelum menggerakkan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

Tindakan dua beradik itu mengundang kecaman pelbagai pihak yang menganggap mereka mempermainkan pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus menyelam serta menyusuri sungai berhampiran.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terkesan dengan tindakan dua beradik itu membuat laporan polis susulan laporan palsu pada Isnin lalu.

Pempengaruh, adik buat laporan palsu didakwa hari ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker