15 import perancangan MFL dan FAM bukan kehendak Tunku Mahkota Ismail

15 import perancangan MFL dan FAM bukan kehendak Tunku Mahkota Ismail

15 import perancangan MFL dan FAM bukan kehendak Tunku Mahkota Ismail
Presiden FAM Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub (duduk dua, kiri) bersama Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan (duduk dua, kanan) sebelum mesyuarat bersama Persatuan Bola Sepak Negeri (FA) dan Kelab Bola Sepak (FC) di Wisma FAM, semalam. – Foto Bernama

Kuala Lumpur: Kehadiran lebih ramai pemain import dalam saingan Liga Super bakal membentuk tonggak tempatan lebih kental seterusnya tidak gentar berhadapan lawan hebat di peringkat antarabangsa.

Situasi terbabit adalah matlamat utama kuota 15 import diperkenalkan pada musim depan sekali gus menafikan bahawa keputusan itu adalah kehendak Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail seperti yg dicanang pihak tertentu.

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, segala perancangan dan keputusan yang dibuat oleh pihaknya dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah hasil perbincangan profesional serta berdasarkan keperluan semasa pembangunan bola sepak tanah air.

“Janganlah memperkecilkan kebolehan kami di MFL dan FAM. Ini bukan kehendak Pemangku Sultan seperti yang didakwa sesetengah pihak,” katanya.

Datuk Ab Ghani turut menjelaskan bahawa MFL kini memberi penekanan kepada pembangunan pemain tempatan yang telah menunjukkan potensi besar di pentas kelab dan kebangsaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum


Menurut beliau, tumpuan bukan sekadar kepada pengambilan pemain import, sebaliknya usaha membina asas kukuh melalui bakat tempatan lebih diutamakan dalam pelan jangka panjang bola sepak negara.

“Kita tak tengok pemain import yang berpotensi saja. Kita lihat pemain tempatan yang mula bersaing di peringkat tinggi. Ini satu petanda baik bagi pembangunan jangka masa panjang Harimau Malaya,” katanya.

Tambah beliau lagi, persaingan dalam liga domestik yang semakin kompetitif sudah cukup untuk mendidik pemain tempatan supaya mampu berdepan cabaran antarabangsa.

“Kita nak mereka bersedia hadapi pasukan seperti Arab Saudi, Qatar dan sebagainya. Kalau mereka sudah bersaing sengit di peringkat kelab dalam negara, itu satu asas yang kukuh,” katanya.

Sebelum ini, MFL membenarkan semua kelab mendaftar maksimum 15 pemain import, dengan kuota sembilan pemain di atas padang (termasuk simpanan) terdiri daripada empat terbuka, seorang Asia dan dua Asean.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP


Berdasarkan peraturan terdahulu, Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dibenar mendaftar 12 pemain asing, berbanding hanya sembilan bagi kelab lain, dengan komposisi 6+1 (empat terbuka, seorang Asia dan seorang Asean) di atas padang.

Bagaimanapun, tiada kewajipan untuk memenuhi kuota import itu sepenuhnya kerana bergantung kepada keperluan dan kemampuan kewangan kelab masing-masing.

Situasi terbabit mengundang reaksi pelbagai pihak yang menganggap ia boleh membunuh karier pemain tempatan pada masa akan datang.

15 import perancangan MFL dan FAM bukan kehendak Tunku Mahkota Ismail

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker