Mohd Amar speaker DUN Kelantan, Nik Abduh dilantik senator

Mohd Amar speaker DUN Kelantan, Nik Abduh dilantik senator

Dua tokoh kanan dalam PAS yang kelihatan seperti dipinggirkan parti itu sebelum ini, diberikan peranan berbeza sama ada di peringkat Kelantan atau kebangsaan hari ini.

Bekas timbalan menteri besar, Mohd Amar Abdullah, dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, manakala bekas ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, kini menjadi senator.

Nama Mohd Amar dicadangkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud dan disokong timbalannya Mohd Fadzli Hassan.

Pelantikan Mohd Amar yang juga Adun Panchor itu dibuat bagi menggantikan posisi ditinggalkan pendahulunya Abdullah Yaakub.

Terdahulu Setiausaha DUN Kelantan Mohd Zaika Yamani Ibrahim menerima cadangan tunggal dikemukan melalui Mohd Nassuruddin (PN-Meranti) yang mencadangkan nama speaker DUN.

DUN Kelantan juga menerima surat kesanggupan menggalas tanggungjawab daripada Mohd Amar yang kemudian mengangkat sumpah jawatan dalam persidangan yang berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Sementara itu sidang hari ini juga bersetuju memilih Nik Abduh sebagai ahli Dewan Negara mewakili Kelantan.

Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Mohd Apandi Mohamad yang menamatkan tempoh perkhidmatannya.

Cadangan pencalonan Nik Abduh juga dikemukakan Mohd Nassuruddin selepas Mohd Amar mengumumkan waktu untuk usul pemilihan ahli Dewan Negara.

Cadangan Mohd Nassuruddin sekali lagi disokong Mohd Fadzli sebelum dipersetujui sebulat suara Adun Kelantan.

Untuk rekod Nik Abduh adalah anak kepada bekas menteri besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pernah menjawat jawatan sebagai ahli Parlimen selama dua penggal iaitu di Parlimen Pasir Mas dan Bachok.

Harap dapat kerjasama baik

Pada PRU ke-15 lalu, nama Nik Abduh tidak disenaraikan sebagai calon.

DUN Kelantan bersidang kali pertama selepas berakhirnya pilihan raya negeri (PRN) ke-15 baru-baru ini. Kelantan kekal di bawah pentadbiran PAS apabila parti itu bersama PN berjaya meraih kemenangan di 43 daripada 45 kerusi.

Menurut Mohd Amar dia menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menjadi speaker DUN Kelantan.

Kata naib presiden PAS itu, pemilihan berkenaan adalah penghormatan yang tinggi kepada dirinya.

“Saya berjanji akan menjalankan tugas dengan baik dan mudah-mudahan akan mendapat kerjasama yang baik daripada Adun sekalian,” kata Mohd Amar selepas mengangkat sumpah jawatan.

Susulan itu Mohd Amar menerima cadangan tunggal daripada menteri besar yang disokong timbalannya bagi pelantikan timbalan speaker DUN.

Mohd Amar kemudiannya mengisytiharkan pelantikan Mohamed Farid Zawawi (PN – Kok Lanas) sebagai timbalannya sekali gus menggantikan posisi didahului Abdul Fattah Mahmood (PN – Bukit Panau) pada penggal lepas.

Persidangan DUN Kelantan diteruskan dengan acara mengangkat sumpah jawatan semua Adun termasuk dua mewakili PH dan BN iaitu Dr Hafidzah Mustakim (PH-Kota Lama) dan Mohd Shahbuddin Hashim (BN-Galas). Mk

Mohd Amar speaker DUN Kelantan, Nik Abduh dilantik senator

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker