Saya hormat keputusan mahkamah – Nga Kor Ming

Saya hormat keputusan mahkamah – Nga Kor Ming

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menegaskan pendiriannya yang menghormati keputusan mahkamah apabila diminta mengulas tentang Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata, pendirian itu juga selari dengan kenyataannya yang menghormati keputusan mahkamah apabila Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibebaskan atas tuduhan rasuah.

“Ini menunjukkan institusi kehakiman negara dalah bebas dan kerajaan menghormati pemisahan kuasa dan tidak campur tangan dalam kehakiman,” katanya kepada Sinchew Daily.

Kor Ming bagaimanapun menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara boleh mengheret Ahmad Zahid ke mahkamah pada bila-bila masa jika mempunyai bukti baharu.

Selain Kor Ming, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut menegaskan kerajaan menghormati pemisahan kuasa dan tidak campur tangan dalam kes tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu sebagai proses yang sewajarnya.

Jelas beliau, ia sama keadaannya ketika mahkamah turut melepaskan dan membebaskan Muhyiddin atas pertuduhan menerima rasuah. MG

Saya hormat keputusan mahkamah – Nga Kor Ming

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker