Anwar tak mau jumpa – Sanusi

Anwar tak mau jumpa – Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor masih menunggu persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan projek pembangunan industri penerbangan, Kedah Aerotropolis.

Beliau berkata setakat ini Anwar masih tidak memberi sebarang maklum balas mengenai permohonan mengadakan pertemuan antara mereka.

“Saya nak jumpa (Anwar) tapi dia tak nak jumpa saya, susah betul…

“Di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) baru-baru ini saya tak ada bercakap mengenai isu itu. Beliau ada lalu tengok reruai kita mengenai projek Aerotropolis tetapi saya pun tak ada kesempatan panjang nak bercakap mengenai tajuk itu.

“Saya perlu masa lebih panjang dan sesuai. Jumpa di situ tak sesuai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim antara Kedah dan Perlis di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Pada Februari lalu, media melaporkan Kedah tidak akan berputus asa untuk meyakinkan Kerajaan Persekutuan mengenai faedah yang bakal diperolehi menerusi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang tidak dipertimbangkan dalam Belanjawan 2023.

Muhammad Sanusi dilaporkan berkata usaha untuk membuat pembentangan projek berkenaan di hadapan Anwar akan tetap dilakukan bagi merealisasikannya.

Katanya, setakat ini sudah dua kali surat permohonan bertemu bagi tujuan itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri namun masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat sebelum itu berkata Kerajaan Pusat tidak boleh mempertimbangkan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim.

Sebaliknya Anwar berkata kerajaan bercadang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, berbanding membangunkan hab baharu.

Menurut Anwar, kerja naik taraf itu akan dilaksanakan pada kos jauh lebih rendah berbanding cadangan membina lapangan terbang baharu di Kulim yang dianggarkan berjumlah RM7 bilion.

Sementara itu, Muhammad Sanusi mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meneruskan penganjuran LIMA’23.

Katanya, sambutan LIMA’23 cukup hebat dengan kerjasama agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri dilihat cukup bagus.

“Terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan dan agensi persekutuan yang telah bertungkus-lumus menjayakan LIMA’23. Begitu juga dengan agensi kerajaan negeri yang ‘all out’ bagi menjayakannya.

“Kerjasama ditunjukkan cukup bagus, Alhamdulillah. Terima kasih Kerajaan Persekutuan teruskan LIMA,” katanya. BH

Anwar tak mau jumpa – Sanusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker