Veteran tak berpencen turut terima BKK RM350 – Ismail
Veteran tak berpencen turut terima BKK RM350 – Ismail
Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350 secara sekali beri kepada satu juta pesara kerajaan yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 Jumaat lepas akan turut diberikan kepada golongan veteran angkatan tentera (ATM) tidak berpencen.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu selaras amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan veteran ATM tidak berpencen agar turut menerima BKK.
Beliau berkata, inisiatif berkenaan telah dilaksanakan dalam Bajet 2021 dengan RM300 diberikan kepada kumpulan pesara.
“Namun daripada jumlah itu, hanya seramai 82,000 veteran ATM tidak berpencen telah berdaftar dengan JHEV sehingga 30 Sept 2021.
“Sehubungan itu, veteran ATM tidak berpencen yang belum berdaftar disarankan untuk berbuat demikian dengan JHEV agar BKK dapat disalurkan kepada mereka menjelang bulan Januari 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jumaat lepas, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat berkata, seramai satu juta pesara kerajaan akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350. FMT
Veteran tak berpencen turut terima BKK RM350 – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- Nazim Othman mandi pun handsome
- Saya harap Allah beri hidayah kepada mereka – Saarani
- LHDN tuntut Addy Kana bayar cukai pendapatan RM1.4 juta
- Kerajaan bawa masuk Ahmad Idham, Eizlan Yusof ke Wisma Putra
- Tular 2 Penunggang Kapcai Bantu Tolak Motosikal Polis Trafik PDRM [VIDEO]
- Rumah Madu Ku Berhantu Dikritik Meskipun Belum Tayang Di Pawagam
- Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu
- Kerap guna ‘tisu basah’ boleh mati pucuk
- Bekas ratu cantik Romania dipecat kerana terlalu cantik
- Penjual tawar baju kalis santau, saka dan sihir
- Bersatu tergelincir dari landasan , Pak Wan akan umum sesuatu
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]