PKPD: Peniaga di Pasar Dungun berdepan gulung tikar
PKPD: Peniaga di Pasar Dungun berdepan gulung tikar
DUNGUN: Kira-kira 500 peniaga di Pasar Dungun berdepan risiko gulung tikar ekoran ketiadaan pelanggan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan dua mukim.
Lanjutan PKPD selama dua minggu di Mukim Sura dan Kuala Dungun menyebabkan peniaga tersebut mengalami kemerosotan pendapatan yang teruk berikutan daripada kekurangan pelanggan.
Terdahulu pasar yang menjadi tumpuan ramai itu bertukar sunyi tanpa kehadiran orang ramai sejak PKPD dikuatkuasakan berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Meskipun peniaga di pasar itu telah pulih dan dibenarkan beroperasi kembali namun orang ramai tetap mengambil pendekatan dengan membeli barangan keperluan di kedai berhampiran kediaman sahaja berikutan bimbang akan penularan wabak tersebut.

Situasi itu menyebabkan perniagaan mereka merudum sebanyak 80 peratus sehingga berlakunya lambakan stok dan ada juga yang terpaksa menutup perniagaan berikutan mengalami kerugian yang teruk.
Menurut peniaga mereka kini hanya mampu memperoleh pendapatan hanya cukup untuk membayar sewa bulanan kedai dan membuat bayaran kepada pembekal.
PKPD di Mukim Sura dan Kuala Dungun dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula 17 hingga 30 Ogos melibatkan sebanyak 33 lokaliti.-Awani
PKPD: Peniaga di Pasar Dungun berdepan gulung tikar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin, kemungkinan kembali sebagai PM
- Pas senada dengan Muhyiddin, hentam pemimpin UMNO
- “Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah
- Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya
- Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk [VIDEO]
- Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive
- Polis trafik selamatkan 3 beranak dari ‘Kepala Air’
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini
Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti – Penganalisis