Normala Samsudin Bidas Pemimpin Tak Peka. “Betul Ke Total LockDown?”

Normala Samsudin Bidas Pemimpin Tak Peka. "Betul Ke Total LockDown?"

Normala Samsudin Bidas Pemimpin Tak Peka. “Betul Ke Total LockDown?”

Bekas personaliti televisyen terkenal, Puan Sri Normala Samsudin meluahkan kekecewaan dengan sikap sesetengah pemimpin yang tidak peka dengan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Normala menerusi Instagramnya mempertikaikan kebenaran yang diberikan kepada mereka yang bekerja dalam sektor perkilangan biarpun negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau total lockdown.

Normala Samsudin Bidas Pemimpin Tak Peka. "Betul Ke Total LockDown?"

Normala Samsudin Bidas Pemimpin Tak Peka. "Betul Ke Total LockDown?"

“Ada pemimpin yang tak faham rakyat! Ada pemimpin yang rasa dia duduk di atas boleh bagi orang yang kerja kilang, semua kerja.

“Bukan ke total lockdown? Kalau kluster tak turun-turun, jawablah pak menteri yang bijak ini,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Normala tidak kisah sekiranya kilang dibenarkan beroperasi, namun semua pekerjanya harus divaksin terlebih dahulu sebagai mencegah penularan wabak yang meragut jutaan nyawa ini termasuk di Malaysia.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut isteri kepada Tan Sri Azmi Khalid itu bersetuju dengan pandangannya, malah turut berasa khuatir dengan ­angka jangkitan Covid-19 yang membimbangkan setiap hari.

Terdahulu, hangat diperkatakan dalam media sosial me­ngenai sebanyak 128,150 syarikat mendapat kelulusan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 yang bermula 1 Jun lalu.-K! ONLINE

Normala Samsudin Bidas Pemimpin Tak Peka. “Betul Ke Total LockDown?”


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Steady Pak Long, Berkain Pelikat – Ismail Sabri Pandu Kereta Pantau ‘Lockdown’ Di SJR [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker