Puteri Sarah mahu beri makan 10 keluarga sehari

Puteri Sarah mahu beri makan 10 keluarga sehari

Puteri Sarah mahu beri makan 10 keluarga sehari

Pelakon yang juga isteri pengarah terkenal, Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana nekad membantu keluarga tidak berkemampuan yang terkesan akibat penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau sekatan pergerakan penuh sehingga 14 Jun ini.

Pelakon Sabarlah Duhai Hati itu menawarkan penghantaran set makan tengah hari percuma dengan kerjasama syarikat jualan makanan diusahakan temannya, Izdihar Rizkallah.

Puteri Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, berkata kerjasama itu terjalin selepas dia membuat ulasan sajian disediakan Izdihar ketika menjalani kuarantin akibat positif COVID-19, bulan lalu.

“Kerjasama dengan Izdihar terjalin ketika saya menyempurnakan tempoh kuarantin selepas disahkan positif COVID-19. Dia beri saya makanan untuk dibuat ulasan melalui Instagram (IG) dan saya melakukannya secara percuma.

“Saya dibekalkan makanan selama 14 hari tempoh kuarantin. Tetapi, ketika itu, saya terfikir, daripada diberi kepada saya yang berkemampuan, lebih baik bantuan dipanjangkan kepada golongan memerlukan.

“Lalu tercetuslah idea untuk bekerjasama dalam misi ini. Kalau saya dapat percuma, kenapa orang lain tak boleh? Jadi, saya hendak membantu mereka yang susah sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh ini,” katanya kepada BH Online.

Sehubungan itu, Puteri Sarah menawarkan bantuan berupa set makan tengah hari kepada golongan memerlukan yang boleh mengemukakan butiran melalui mesej peribadi di laman IG @puterisarahliyana.

tumpuan kepada golongan kurang bernasib baik

Puteri Sarah Liyana bersama temannya, Izdihar Rizkallah mahu memberi tumpuan kepada golongan kurang bernasib baik sehingga sekatan pergerakan penuh berakhir. – Foto IG Puteri Sarah Liyana
Beliau  bersama temannya, Izdihar Rizkallah mahu memberi tumpuan kepada golongan kurang bernasib baik sehingga sekatan pergerakan penuh berakhir. – Foto IG Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah insaf dalam keadaan mencabar sekarang, pasti ada insan yang memerlukan dan lebih susah berbanding kehidupan sendiri.

“Dalam ada yang rasa sukar, pasti ada yang lebih susah dan bergelut berbanding diri kita,” katanya

Puteri Sarah berkata, dia dan Izdihar mahu memberi tumpuan kepada golongan kurang bernasib baik sehingga sekatan pergerakan penuh berakhir.

Biarpun menyedari pasti ada pihak yang mengambil kesempatan atau menipu, namun dia enggan memikirkan perkara itu kerana sudah menyimpan niat bersedekah.

“Jadi, saya ‘paksa’ sesiapa saja yang mempunyai keluarga tidak berkemampuan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, tolonglah mesej saya di IG.

“Jangan malu-malu… Hanya mesej saya sahaja. Kalau hendak menghantar bukti seperti foto pun boleh. Saya tak kisah. Jika ada yang mengambil kesempatan atau menipu, terpulang kepada mereka kerana itu dosa mereka dengan Allah.

“Niat saya hanya ingin bersedekah dan membantu golongan susah sepanjang tempoh ini,” katanya yang meletakkan sasaran membantu 10 keluarga setiap hari. BH

Puteri Sarah mahu beri makan 10 keluarga sehari


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Puteri Sarah, Syamsul tinggal berasingan untuk pulihkan kemelut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker