Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni

Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni

Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad merakamkan penghargaan atas keberanian kerajaan terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman serta rakan seperjuangan UMNO.

Menurutnya, agenda reformasi institusi telah diartikulasikan dengan jelas, berani dan komprehensif pada permulaan tahun 2026, suatu agenda yang menjawab tuntutan lama rakyat Malaysia untuk sebuah sistem pentadbiran yang lebih telus, bertanggungjawab dan benar-benar demokratik.

“Kekuatan sesebuah negara tidak terletak pada slogan atau struktur semata-mata, tetapi pada integriti, profesionalisme dan komitmen penjawat awam yang menjadi tulang belakang pelaksanaan dasar. Namun kita juga harus bersikap jujur. Negara berdepan dengan isu rasuah yang semakin mencalar kepercayaan rakyat.

“Kerajaan MADANI, bersama seluruh jentera pentadbiran, mesti terus beriltizam untuk membersihkan sistem daripada kebejatan, memutuskan budaya rasuah, dan mengembalikan maruah perkhidmatan awam.

“Pengukuhan tadbir urus berasaskan integriti dan akauntabiliti bukan sekadar aspirasi, tetapi terjemahan nilai Malaysia MADANI dalam tindakan seharian pentadbiran negara. Reformasi yang diyakini rakyat ialah reformasi yang dapat dirasa, diukur dan dipertanggungjawabkan,” beliau berkata demikian ketika Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO


Mengulas lanjut kata Hasni, komitmen kerajaan untuk memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya disambut baik dan ia merupakan salah satu reformasi asas bagi menjamin kebebasan pendakwaan dan menghapuskan konflik kepentingan yang wujud dalam sistem sedia ada.

“Kita juga mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-Undang had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau maksimum sepuluh tahun.

“Langkah ini menunaikan satu komitmen reformasi yang telah lama tertangguh sejak Perjanjian Persefahaman (MoU) tahun 2021, dan pelaksanaannya kini di bawah Kerajaan MADANI akan memulihkan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan parti-parti politik dalam melaksanakan janji reformasi.

“Kita turut menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Ombudsman bagi memperluas kuasa pengawasan bebas terhadap pentadbiran awam, serta Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat bagi mempromosikan ketelusan dan hak akses maklumat awam, dengan perlindungan yang wajar terhadap keselamatan negara,” katanya lagi.

Seterusnya Hasni menyokong saranan agar Rang Undang-Undang ini dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, atau sekurang-kurangnya dibentangkan lebih awal bagi membolehkan Ahli Parlimen dan rakyat meneliti, membahaskan dan mencadangkan penambahbaikan secara bermakna di peringkat Jawatankuasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni

Bahawa pelantikan Pendakwa Raya mestilah dilaksanakan secara telus, berasaskan merit dan bebas daripada kawalan eksekutif, supaya jawatan sepenting ini benar-benar berfungsi sebagai benteng keadilan, bukan alat kuasa.

“Reformasi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membolehkan pengawasan Parlimen dalam proses pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM serta pembentangan laporan tahunan SPRM untuk dibahaskan di Parlimen sepertimana saranan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam, rasuah perlu diperangi secara besar-besaran. Pihak SPRM mestilah menjalankan siasatan dengan cepat dan sempurna, tanpa mengira darjat dan kedudukan.

“Kerajaan menambah Pendakwa Raya yang mahir dalam jenayah rasuah, dan menyediakan laluan khas di mahkamah, supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera. Reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya, yang memerlukan pindaan kepada Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan, bagi membolehkan pengawasan Parlimen dalam pelantikan tujuh orang Pesuruhjaya Pilihan Raya serta pembentangan laporan tahunan SPR kepada Dewan ini,” jelasnya.

Ujarnya, penyuburan demokrasi negara melalui konsep Liquid Democracy merupakan satu pendekatan yang menggabungkan kekuatan demokrasi perwakilan dan demokrasi langsung dan pendekatan Whole-of-Society dan Whole-of-Nation.

“Rakyat boleh memilih untuk mengundi secara langsung bagi isu tertentu, atau mendelegasikan kuasa undi mereka kepada individu yang dipercayai berdasarkan kepakaran isu. Pendekatan ini berteraskan kepercayaan, kepakaran dan penglibatan bermakna, menjadikan sistem lebih responsif dan anjal.

“Ia menuntut kita melihat demokrasi dan tadbir urus bukan sebagai struktur kaku, tetapi sebagai rangkaian adaptif yang berkembang mengikut keperluan zaman.

“Harap kerajaan akan terus memperkukuh pengiktirafan terhadap sumbangan idea-idea bernas daripada pihak pembangkang. Idea yang baik wajar dinilai atas meritnya, bukan atas siapa yang mengemukakannya. Inilah ciri demokrasi matang, apabila perbezaan pandangan diraikan, dan kepentingan negara diletakkan mengatasi kepentingan politik sempit,” ujarnya lagi. – UMNO Online



 

Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’



 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker