Lelaki warga China disyaki cuba seludup hampir 7kg ketamin di KLIA2

Lelaki warga China disyaki cuba seludup hampir 7kg ketamin di KLIA2

Lelaki warga China disyaki cuba seludup hampir 7kg ketamin di KLIA2
Dadah jenis ketamin yang dirampas di KLIA2 pada 28 Oktober lalu. – Foto ihsan JKDM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga China ditahan bersama hampir tujuh kilogram (kg) dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai RM344,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) pada 28 Oktober lalu.

Suspek ditahan di Balai Ketibaan KLIA2 hasil kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Pengarah Kastam JKDM KLIA, Zulkifli Muhammad, berkata terdahulu imbasan terhadap bagasi suspek menunjukkan imej mencurigakan, justeru mendorong pemeriksaan lanjut dilakukan.

“Hasil pemeriksaan ke atas dua bagasi milik suspek kemudian menemui beberapa bungkusan kecil plastik lutsinar mengandungi serbuk disyaki dadah jenis ketamin yang dibalut aluminium dan disorok dalam ruang rahsia di bahagian pelapik kain beg.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 6,884 gram (6.8kg) bernilai lebih RM344,000,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Zulkifli berkata, ketamin disenaraikan bawah Jadual Pertama, Bahagian III, Akta Dadah Berbahaya 1952, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) akta sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa suspek sudah dituduh di mahkamah.

Katanya, JKDM akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan agensi keselamatan lain bagi membanteras penyeludupan di pintu masuk negara.

JKDM turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan, dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat.

 

Lelaki warga China disyaki cuba seludup hampir 7kg ketamin di KLIA2

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker